Monday, 14 March 2011

Aktiviti saya hari ini

Hai! Saya ingin menceritakan tentang aktiviti saya pada hari ini.                      Pada hari Isnin,pukul 5.30 pagi,saya mandi dan pergi solat subuh.Selepas solat subuh,saya pergi belajar bersama abang.Pada pukul 9.00 pagi,saya dan abang saya iaitu Adlan pergi ke Sekolah Kebangsaan Parit Raja untuk berlatih bermain catur.Tetapi,saya dan abang saya tidak jadi untuk pergi ke sekolah kerana saya baru tahu bahawa ibu saya akan membawa saya ke UTHM.Selepas sampai di UTHM,ibu saya mendaftar saya untuk menjadi pesrta di Program Celik IT.Sayapun terus masuk ke dalam makmal komputer.Sebelum itu,saya mendapat beg yang berwarna Biru.Saya dibagi beg biru kerana beg yang berwarna merah tidak cukup.Saya mendapat ramai kawan.Nama mereka ialah Nabila,Amirah,Fatiha,Hayani,Dini dan ramai lagi.Selepas itu,saya makan pagi.Selepas makan pagi,saya dan rakan-rakan saya pergi bersiar-siar.Tempat pertama sekali,saya pergi ke Dataran Siswazah untuk mengambil gambar.Tempat itu terdapat air terjun dan repteka kapal terbang.Di situ ada banyak tempat-tempat yang sangat menarik.Tetapi saya sudah lupa.hehehehe....Kemudian,saya dan rakan saya pergi ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail.Di dalam dewan itu terdapat pelbagai pameran yang telah disediakan.Selepas itu,saya masuk ke dalam makmal komputer untu main permainan.Selepas saya bermain permainan,saya sambung balik saya punya aktiviti.Pada pukul 4.30 petang saya dan rakan-rakanpun balik.Itulah aktiviti yang saya ingin menceritakan kepada kamu.

No comments:

Post a Comment